Siti Jamumall SPM Pun Takde !
"Boleh Berjaya Ke Dengan SPM Takde?"
"Eh, Nanti Macam Mana Nak Sambung Belajar?"
"Apa La Siti Tu SPM Pun Takde! Nanti Susah Nak Cari Kerja"
Serba Sedikit Cemuhan Yang Biasa Siti dengar Dari Rakan Dan Cikgu2...Kawan Rapat sendiri pun cakap belakang Kita.Itu Normal, Macam Biasa Kena Kan ? huhu.... Tapi Alhamdulillah Sekarang Siti Tak Perlu Susah Cari Kerja tapi Siti Pula Yang Memberikan Peluang Pekerjaan Pada Level A Student.Siap Kawan Yang Dulu Pernah Cakap Pasal Kita Pun Kerja Sekali Dengan Siti.
Betul Bukan Mudah Nak Senang. Takde Makna nya Kejayaan Tu Datang Berguling Depan Mata Lepas Kau Lafazkan Impian Dan Cita2! Ofcoz Perlukan Pengorbanan Dan Usaha Tanpa Berhenti! Prinsip Yang Siti Selalu Pegang Adalah "Jangan Give Up Walau Gagal 1000x !!"
Siti Dari Darjah 2 Dah Selalu Ikut Mak Berniaga Pasar Malam, Goreng Pisang Tepi Jalan, Naik Lori Menjual Nasi Campur Di Kilang2, Meniaga Air Tebu Tepi Jalan Dan Macam2 Lagi.. Mula Dari Situ Belajar Bisnes. Minat Pada Bisnes Ni Datang Dari Mak Yang Sangat Rajin Mencari Sesuap Nasi Untuk Kami 6 Orang Adik Beradik. Siti Merupakan Anak Yang ke 4 , Satu2 Anak Perempuan Dari Family.
Abang Sulong Siti Adalah Seorang Yang Sangat2 Istimewa. Dia Dilahirkan Sebagai Seorang Kelainan Upaya Belajar Tak Abis Darjah 6 Tapi Pandai Mencari Peluang... Masa siti Darjah 6 Dah Belajar Ngn Abang Untuk Listing Produk Di Ebay. Kalau Korang Tak Tahu Ebay Ni Apa? Actually Ianinya Satu Platform Untuk Jual Produk Ke Luar Negara. Macam2 Siti belajar Dari Situ.. Balik je Dari Sekolah Dengan Tak tukar Baju Lagi Dah Terus Duduk Depan Computer Buat Bisnes Dari Rumah je Time tu.
Tahun Demi Tahun Belajar, Dengan Abang dan Juga Mentor Doc Azizan Osman. Kebetulan waktu 2015 Abang Siti (Khairul Nizam) dia Summit untuk komit Belajar Setahun Dengan Doc Azizan. Boleh Dikatakan kerap kena ke Kelas. So Siti Sebagai Adik Memang Tak Boleh Tinggalkan Abang Sorang Pergi Belajar. Dia perlukan Bantuan Untuk Menulis Nota Tiap Kali kelas. Abg bukan Macam OKU lain.. Beliau Perlu Di Uruskan 100%, sebab dia hanya boleh menggerakkan 3 jari sahaja... selebihnya lumpuh tak bermaya.
Bayangkan setahun 6 kali Meeting Class Bersama Doc Azizan Tak Termasuk Dengan Seminar2 Lain yg Dianjurkan. Boleh dikatakan Kedatangan Sekolah Sangat Teruk. Macam Biskut kejap Datang Kejap Tak Datang. Abang Siti sambung Belajar Sampai La hari Kemuncak SPM. Waktu tu kelas di Tokyo Japan.. Kena pula betul2 Sehari Sebelum Tarikh SPM siti...Ya allah..... Waktu Tu Abang Tak Paksa Pun... Dia suruh Buat Keputusan ...Sama Ada Nak Ambil SPM atau Nak Ikut..Tapi Dari segi Penyampaian Dia Siti Nampak Dari Mata nya Memang Berharap Sgt2 Untuk Siti Ada Sekali Dengan dia Di Tokyo Japan Untuk Bantu Menguruskan dia Semasa Dalam Kelas.
Berat Hati Nak Buat Keputusan. Tapi Siti Pilih Untuk Tinggalkan SPM. Memang Terfikir Juga Apa Nanti Orang Akan Cakap Kalau Ade Yang Tanya Berapa Result SPM ? Kalau Sedara Mara Tanya Nanti Nak Jawab Apa Pula Kan.... Hmm Tapi Siti Tahu Kalau Aku Pilih Untuk Pergi Belajar Bisnes Aku Mesti Kena Buat Betul2 Sampai Berjaya. Jangan Sia-Siakan Pengorbanan Dan Buktikan Tak Semestinya Tiada SPM Tak Boleh Berjaya.
So Bila Tiba Je Di Tokyo.. First day Class Doc Azizan Suruh Share Apa Win Dan Goodnews. Sorang Demi Sorg Student Doc Share. Mereka ni Memang Founder2 Yang Berjaya Dan Dah Level Jutawan. Bila tiba Je Abang Punya Turn. Siti Pegangkan Mic Untuk Dia Share Apa win Dan goodnew Terus Dia menangis.... Dia Cakap Dia Sangat2 Terharu Dan Berseyukur Sebab Adik Dia Siti Tinggalkan SPM Untuk Bantu Dia. Siti Waktu Tu Memang Sebak Sangat2 ... Terus Menangis Semenangisnya...
Sangat Touch Sebab Siti KenangKan Pengorbanan Abg Yang Dulu Pernah Jaga siti Masa Kecil. Suapkan Makan Siti dan Adik siti 2 lagi Bawah.. Dia Buat Apa Sahaja Yang Dia mampu Semasa Tu, Tapi Sejak Dia Patah Kedua Belah Kaki Masa Berusia 16 tahun Dia Dah Tak Mampu Nak Bergerak.. Kalau Dulu Masih Lagi Boleh Berguling2 Ke tandas Sendiri, Suapkan kami Makan Walaupun Tak Sempurna... Sebab Dia Tak Boleh Angkat Tangan Jadi dia Suap Kami Tunduk Makan Nasi Yang Dia Dah Gumpalkan kat Tangan..Dia Juga Yang Masak Unruk Mak dan Ayah Lepas Penat Berniaga dan Kerja Seharian.
Bila Difikirkan...Pengorbanan Apa La Sangat Kalau Siti Tinggalkan SPM Untuk Balas Balik Jasa Seorang Abang Yang Teramat Istimewa tu.Niat Siti Nak Bantu Abang. Sebab Kalau Siti Dapat Bantu Abang Siti pun Akan bantu family.. Boleh Dikatakan Sekarang 100% Kami Yang Menyiara Kelaurga. Mak Dan Ayah Pun Kami Tak Kasi Kerja Dah. Tiap Bulan Kami Bagi Mereka duit Yang Cukup Untuk Mereka Beli Apa Yang Suka. Insya Allah Next Target Nak Bawa Mak , Atuk Dan Ayah Menunaikan Haji Private Group.
Alhamdulillah Syukur Sangat Dengan Apa Yang Siti Ada Sekarang.
Memang Betul, Jika Niat Kita Baik Dan Ikhlas, Allah mesti Akan Balas balik Dengan Sesuatu Yang Baik. Rezeki Tak Pernah Putus Lepas Siti Bantu Abang. Setiap Apa Yang siti Nak Boleh Dapat Dengan Senang.
Percayalah.. Kalau Kita Nak Kan Sesuatu Usaha. Kalau U Dah Usaha Tapi Masih Belom Berjaya Bermaksud U pun Cukup Usaha.
Never Say STOP!
Teruskan Pejuang!
Pasang Niat Yang Baik <3 Insya Allah di permudahkan Segala Urusan
dah Baca Jangan Lupa Tinggalkan Komen Dan Share If u rasa Bermanfaat :)
Gambar Bersama Mentor doz azizan Osman Dan Hj Jerry Di Inner Circle Meeting Tokyo 2016
Gambar Di Tokyo Japan 2016
Gambar Bersama Emak dan Ayah
Gambar Timbunan Order Jamumall.com
Siti Di Wanita Hari Ni
Launching Buku Nizam 3 Jari Daripada Tuhan
No comments:
Post a Comment